Latihan BM1/STPM

BMSTPM Kertas 1 – Latihan Minda

Cari kesalahan bahasa dalam ayat-ayat di bawah ini, sebab kesalahan dan betulkan.

1. Petang semalam kami makan di Ali Restoran di Jalan Kuchai.

2. Sila jangan buat bising. Ujian sedang berjalan.

3. Penghijrahan penduduk pada umumnya adalah daripada desa ke bandar.

4. Kami bertolak daripada Kuching pada jam 10:30 pagi.

5. Rumah usang itu dibersihkan oleh kita semua.

Jawapan:

1. S: di Ali Restoran
B: di Restoran Ali
Sb: Struktur frasa tidak menepati Hukum D-M

2. S: Sila jangan buat bising.
B: Jangan buat bising.
Sb: Ayat itu ialah ayat laraangan. Kata silaan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat itu.

3. S: Penghijrahan
B: Perhijrahan
Sb: Salah pengimbuhan, sepatutnya imbuhan yang digunakan ialah ‘per-an’. Kata dasar perkataan itu ialah ‘hijrah’, kata kerja yang terbit ialah ‘berhijrah’. Oleh itu, perkataan yang
diterbitkan daripada kata kerja ‘berhijrah’ haruslah menggunakaan imbuhan per-an’, bukan ‘peN-an’.

S: daripada desa
B: dari desa
Sb: Kata sendi nama ‘daripada’ adalah untuk menunjukkan punca atau sumber yang berkaitan dengan manusia, atau haiwan bukan tempat; yang menunjukkan arah atau tempat ialah ‘dari’.

4. S: daripada Kuching
B: dari Kucing
Sb: Katasendi nama ‘daripada’ merujuk kepada punca atau sumber yang berkaitan dengan manusia, haiwan, atau benda.

5. S: …dibersihkan oleh kita
B: …kita bersihkan
Sb: Salah struktur ayat pasif orang pertama

SOALAN

6. Pilih, samada yang itu atau yang ini.

7. Pengetahuan sains dan teknologi memanfaatkan orang ramai.

8. Kaji dahulu latarbelakangnya supaya kita tidak terilap orang.

9. Ramai peniaga terpaksa menggulung tikar apabila ekonomi negara gawat.

10. Mereka penuh semangat menaikan bendera negara,alur Gemilang.

JAWAPAN

6. S: …samada…
B: …sama ada…
Sb: Salah ejaan ‘samada’ iaitu kata majmuk yang ejaannya mesti diasingkan,
kerana tida terkategori sebagai kata majmuk yang ejaannya sudah mantap,
dan tidak berlaku pengguguran bunyi /a/

Kertas Ramalan BMSTPM K2 2011- Tajuk Karangan

Karangan:
1. Baru-baru ini, kerajaan telah melancarkan Dasar 1 Murid 1Sukan. Sebagai pegawai Kementerian Pelajaran, anda telah diminta untuk menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan kepada guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Sediakan teks ceramah tentang kebaikan dasar 1 Murid 1 Sukan.

2. Kini, pendidikan berasaskan kemahiran dan vokasional berupaya untuk menjanakan pendapatan seseorang pelajar daalam sektor industri berkemahiran tinggi. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?

3. Kaunselor sekolah berfungsi untuk menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh pelajar sekolah. Jelaskan penyataan ini.

4. Anak-anak pintar dan cemerlang ialah aset negara. Anak-anak pintar merupakan anugerah Ilahi kepada ibu bapa yang perlu diberi kasih sayang dan pendidikan yang sempurna agar mereka dapat menghadapi masa hadapan dengan penuh keyakinan. Bincangkan penyataan ini.

BM Kertas 2 STPM – Analisis kesalahan ayat – latihan 1

Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan.

Penggunaan telefon bimbit kini semakin meluas digunakan, terutamanya oleh kalangan remaja. Hal ini
menguntungkan syarikat-syarikat pengeluar. Kebanyakan syarikat yang terlibat adalah syarikat multinasional,
seperti Motorola, Nokia, dan Samsung. Peluasan penggunaannya bukan sahaja membolehkan pengaliran wang ke luar negara malah membazirkan ribuan ringgit di kalangan penggunanya. Dalam jangka masa yang panjang,
keadaan ini merugikan negara.

Jawapan:
1. Kesalahan: Penggunaan telefon bimbit kini semakin meluas digunakan…

Pembetulan: Telefon bimbit kini semakin meluas digunakan…

Sebab kesalahan: Subjek sebenar ayat tidak tepat. Ayat itu bermakna ‘Penggunaan … semakin meluas digunakan’, sedangkan yang sebenarnya ialah ‘telefon bimbit yang semakin luas digunakan.’. Jadi, perkataan ‘penggunaan’ perlu digugurkan.

2. Kesalahan: …yang terlibat adalah syarikat multinasional..

Pembetulan: …yang terlibat ialah syarikat multinasional..

Sebab kesalahan: Penggunaan kata pemeri ‘adalah’ yang salah. Perkataan yang mengikuti pemeri ‘adalah’ sepatutnya bukan kata nama (syarikat).

3. Kesalahan:…membolehkan pengaliran wang…

Pembetulan: …menyebabkan pengaliran wang…

Sebab kesalahan: Salah diksi (perkataan) ‘membolehkan’ yang sebenarnya bermaksud ‘membenarkan’

4. Kesalahan: …malah membazirkan ribuan ringgit

Pembetulan: …malah membazirkan wang ribuan ringgit

Sebab kesalahan: Ayat tiada objek. Objek sebenar ialah ‘wang’

5. Kesalahan: Dalam jangka masa yang panjang…

Pembetulan: Dalam jangka panjang…

Sebab kesalahan: Lewah. Frasa ‘masa yang’ tidak mendukung sebaraang fungsi

****

BM1/2011

BM1 2011

Soalan BM STPM setengan tahun 2010

PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 2010