Cari kesalahan bahasa dalam ayat-ayat di bawah ini, sebab kesalahan dan betulkan.
1. Petang semalam kami makan di Ali Restoran di Jalan Kuchai.
2. Sila jangan buat bising. Ujian sedang berjalan.
3. Penghijrahan penduduk pada umumnya adalah daripada desa ke bandar.
4. Kami bertolak daripada Kuching pada jam 10:30 pagi.
5. Rumah usang itu dibersihkan oleh kita semua.
Jawapan:
1. S: di Ali Restoran
B: di Restoran Ali
Sb: Struktur frasa tidak menepati Hukum D-M
2. S: Sila jangan buat bising.
B: Jangan buat bising.
Sb: Ayat itu ialah ayat laraangan. Kata silaan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat itu.
3. S: Penghijrahan
B: Perhijrahan
Sb: Salah pengimbuhan, sepatutnya imbuhan yang digunakan ialah ‘per-an’. Kata dasar perkataan itu ialah ‘hijrah’, kata kerja yang terbit ialah ‘berhijrah’. Oleh itu, perkataan yang
diterbitkan daripada kata kerja ‘berhijrah’ haruslah menggunakaan imbuhan per-an’, bukan ‘peN-an’.
S: daripada desa
B: dari desa
Sb: Kata sendi nama ‘daripada’ adalah untuk menunjukkan punca atau sumber yang berkaitan dengan manusia, atau haiwan bukan tempat; yang menunjukkan arah atau tempat ialah ‘dari’.
4. S: daripada Kuching
B: dari Kucing
Sb: Katasendi nama ‘daripada’ merujuk kepada punca atau sumber yang berkaitan dengan manusia, haiwan, atau benda.
5. S: …dibersihkan oleh kita
B: …kita bersihkan
Sb: Salah struktur ayat pasif orang pertama
SOALAN
6. Pilih, samada yang itu atau yang ini.
7. Pengetahuan sains dan teknologi memanfaatkan orang ramai.
8. Kaji dahulu latarbelakangnya supaya kita tidak terilap orang.
9. Ramai peniaga terpaksa menggulung tikar apabila ekonomi negara gawat.
10. Mereka penuh semangat menaikan bendera negara,alur Gemilang.
JAWAPAN
6. S: …samada…
B: …sama ada…
Sb: Salah ejaan ‘samada’ iaitu kata majmuk yang ejaannya mesti diasingkan,
kerana tida terkategori sebagai kata majmuk yang ejaannya sudah mantap,
dan tidak berlaku pengguguran bunyi /a/