BM Kertas 2 STPM – Analisis kesalahan ayat – latihan 1

Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan.

Penggunaan telefon bimbit kini semakin meluas digunakan, terutamanya oleh kalangan remaja. Hal ini
menguntungkan syarikat-syarikat pengeluar. Kebanyakan syarikat yang terlibat adalah syarikat multinasional,
seperti Motorola, Nokia, dan Samsung. Peluasan penggunaannya bukan sahaja membolehkan pengaliran wang ke luar negara malah membazirkan ribuan ringgit di kalangan penggunanya. Dalam jangka masa yang panjang,
keadaan ini merugikan negara.

Jawapan:
1. Kesalahan: Penggunaan telefon bimbit kini semakin meluas digunakan…

Pembetulan: Telefon bimbit kini semakin meluas digunakan…

Sebab kesalahan: Subjek sebenar ayat tidak tepat. Ayat itu bermakna ‘Penggunaan … semakin meluas digunakan’, sedangkan yang sebenarnya ialah ‘telefon bimbit yang semakin luas digunakan.’. Jadi, perkataan ‘penggunaan’ perlu digugurkan.

2. Kesalahan: …yang terlibat adalah syarikat multinasional..

Pembetulan: …yang terlibat ialah syarikat multinasional..

Sebab kesalahan: Penggunaan kata pemeri ‘adalah’ yang salah. Perkataan yang mengikuti pemeri ‘adalah’ sepatutnya bukan kata nama (syarikat).

3. Kesalahan:…membolehkan pengaliran wang…

Pembetulan: …menyebabkan pengaliran wang…

Sebab kesalahan: Salah diksi (perkataan) ‘membolehkan’ yang sebenarnya bermaksud ‘membenarkan’

4. Kesalahan: …malah membazirkan ribuan ringgit

Pembetulan: …malah membazirkan wang ribuan ringgit

Sebab kesalahan: Ayat tiada objek. Objek sebenar ialah ‘wang’

5. Kesalahan: Dalam jangka masa yang panjang…

Pembetulan: Dalam jangka panjang…

Sebab kesalahan: Lewah. Frasa ‘masa yang’ tidak mendukung sebaraang fungsi

****

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a comment